Kalkulator Kalori Harian dan TDEE

Anggaran keperluan kalori harian anda berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti.

Dikemas kini 10 October 2026  ·  Disemak oleh Dr Shazif Othman · MMC 62699

Jawapan Pantas

TDEE ialah anggaran jumlah kalori yang badan anda guna dalam sehari, termasuk aktiviti. Ia titik permulaan, bukan angka tepat.

Kalkulator kalori harian ini menganggarkan kadar metabolik asas dan jumlah perbelanjaan tenaga harian anda, iaitu nombor yang menentukan titik permulaan realistik untuk menurunkan atau mengekalkan berat.

Sepasang kasut sukan putih diletak di atas lantai kayu

Isi semua ruangan untuk lihat keputusan.

Semua pengiraan berlaku dalam pelayar anda. Tiada data dihantar atau disimpan. Ini angka rujukan, bukan diagnosis.

Skrin paparan dan rak pameran di iLIV I-City

Bagaimana kalori harian dikira

Pengiraan bermula dengan kadar metabolik asas menggunakan persamaan Mifflin-St Jeor, yang mengambil kira berat, tinggi, umur dan jantina. Nombor itu kemudian didarab dengan pengganda aktiviti untuk mendapatkan jumlah perbelanjaan tenaga harian, atau TDEE. Mifflin-St Jeor dipilih kerana ia lebih tepat untuk populasi moden berbanding persamaan Harris-Benedict yang lebih lama.

Kesilapan paling biasa: pengganda aktiviti

Kebanyakan orang memilih tahap aktiviti yang terlalu tinggi. Bekerja di pejabat dan bersenam empat kali seminggu masih dikira sederhana, bukan sangat aktif. Sangat aktif bermaksud kerja fizikal harian atau latihan dua sesi sehari. Memilih pengganda yang terlalu tinggi boleh menambah tiga hingga empat ratus kalori kepada anggaran anda, dan itu cukup untuk menjelaskan kenapa berat tidak turun walaupun anda rasa sudah mengikut nombor.

Cara guna nombor kalori harian ini

Untuk menurunkan berat, tolak lima belas hingga dua puluh peratus daripada TDEE, bukan lebih. Defisit yang terlalu dalam mempercepatkan kehilangan otot dan menurunkan kadar metabolik. Kekalkan selama dua minggu, timbang setiap pagi pada waktu yang sama, dan lihat purata mingguan. Kalau purata tidak bergerak, kurangkan seratus kalori atau tambah langkah harian. Guna kalkulator BMI dan baca panduan peringkat rawatan berat. Kalau nombor tidak bergerak selepas lapan minggu, buat ujian metabolik. Rujuk Kementerian Kesihatan Malaysia. Tempah konsultasi.

Had anggaran ini

Anggaran TDEE boleh tersasar sehingga lima belas peratus pada individu tertentu, terutamanya pada orang yang pernah menjalani defisit kalori jangka panjang sebelum ini. Kadar metabolik menyesuaikan diri dengan sejarah pemakanan, jadi dua orang dengan berat dan tinggi yang sama boleh mempunyai keperluan sebenar yang berbeza beberapa ratus kalori. Nombor daripada kalkulator ialah titik permulaan untuk diuji selama dua minggu, bukan sasaran yang perlu dikejar dengan tepat setiap hari.

Bila anggaran kalori harian tidak cukup

Kalau anda sudah konsisten dengan defisit selama lapan minggu dan berat tetap tidak bergerak, masalahnya bukan lagi aritmetik. Punca yang biasa ialah adaptasi metabolik selepas defisit jangka panjang, tiroid yang kurang aktif, atau anggaran pengambilan yang tersasar kerana minyak masak dan minuman tidak dikira. Ujian metabolik dan panel tiroid menjawab dua daripada tiga kemungkinan itu dengan nombor.

Faktor aktiviti dan apa maksudnya

Tahap aktiviti ialah bahagian yang paling mudah dinilai terlalu tinggi, dan ia yang paling banyak mengubah jawapan. Jadual di bawah menunjukkan faktor sebenar yang kalkulator ini guna.

Faktor aktiviti yang digunakan dalam kalkulator ini
Tahap aktivitiFaktorMaksudnya biasanya
Kerja meja1.2Duduk hampir sepanjang hari, senaman hampir tiada
Ringan, 1-3 hari1.375Senaman atau sukan ringan satu hingga tiga hari seminggu
Sederhana, 3-5 hari1.55Senaman sederhana tiga hingga lima hari seminggu
Aktif, 6-7 hari1.725Senaman berat enam hingga tujuh hari seminggu
Sangat aktif1.9Kerja fizikal plus latihan berat, atau dua sesi sehari

Kadar metabolik rehat dikira dengan persamaan Mifflin-St Jeor, kemudian didarab dengan faktor di atas. Kebanyakan orang menilai tahap aktiviti sendiri lebih tinggi daripada sebenar, jadi kalau penimbang tak bergerak seperti yang dijangka, faktor itu yang patut diturunkan dahulu.

1 : 3orang dewasa Malaysia tidak aktif secara fizikal
84%tidak menyertai sukan, kecergasan atau riadah aktif
38%tidur kurang daripada tujuh jam sehari
95.1%tidak cukup makan buah dan sayur

Sumber: Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023, Kementerian Kesihatan Malaysia. Empat angka ini sebabnya nombor kalori sendiri jarang menjelaskan kenapa hasil terhenti.

Kalori harian: kenapa nombor sahaja tak cukup

Nombor TDEE menganggap aktiviti, tidur dan pemakanan anda stabil. Untuk kebanyakan orang ketiga-tiga itu tidak stabil, dan itulah sebab angka yang betul di atas kertas masih tidak bergerak di atas penimbang. Kalau anda dah tala kalori dua hingga tiga minggu dan berat tak bergerak, ujian metabolik dan ujian komposisi badan memberi maklumat yang kalkulator tak boleh beri.

Soalan Lazim

Formula mana yang paling tepat?

Mifflin-St Jeor lebih tepat untuk populasi moden berbanding Harris-Benedict, tetapi semua formula memberi anggaran.

Defisit kalori berapa yang selamat?

Lima belas hingga dua puluh peratus daripada TDEE. Lebih dalam daripada itu mempercepatkan kehilangan otot.

Kenapa berat tak turun walaupun ikut nombor?

Selalunya pengganda aktiviti dipilih terlalu tinggi, atau anggaran pengambilan makanan kurang tepat.

Masih ada soalan?
Hantar mesej. Kami jawab dalam waktu klinik.
WhatsApp Kami

Mulakan dengan satu perbualan

Konsultasi awal untuk memahami keadaan anda sebelum sebarang ujian dicadangkan.

Damansara Perdana · I-City, Shah Alam · +60 14-801 6493

Standard dan kepatuhan

Doktor berdaftar

Setiap doktor di iLIV berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia. Nombor pendaftaran dipaparkan pada halaman setiap doktor dan boleh anda semak melalui daftar awam.

Daftar Majlis Perubatan Malaysia

Ubat preskripsi sahaja

Terapi GLP-1 ialah ubat preskripsi di Malaysia. Ia diberi selepas konsultasi dan penilaian perubatan, dan tidak boleh dibeli tanpa preskripsi.

Data anda

Maklumat peribadi dikendalikan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan digunakan hanya untuk tujuan anda memberikannya.

Dasar privasi
SEO optimized by Lesgo Media